Sunday, January 3, 2010


memang benar dikata orang
serapat mana kita cuba rapat
tidak semestinya jadi erat

kalau semua ruang telah terisi
kalau selama ini sudah berseri
kita cuma bagai watak sampingan yang menghadiri
yang mahu itu ini

memang benar dikata orang
serapat mana kita cuba rapat
saat dia bahagia
tidak semestinya kita yang dia cari

jiwa ini baru nak rapat
jiwa itu dah rapat-rapat

satu bukan
dua bukan
tiga bukan
empat bukan
lima bukan
pandang cermin tepuk tangan
kata tahniah pada diri
kerana erat tidak akan dimiliki

Kotak Duit

kotak itu penuh dengan duit
bersepah sepah sini sana turun naik
bersedialah, ada ulat ingin mengait
sambil tersenyum menulis menaip

Bersiaplah
bersiaplah sepuluh ringgit

tali leher kamu mana?
Id card kamu mana.?
kasut hitam kamu mana.?
seluar hitam kamu mana.?
ni datang lewat kamu pergi mana.?
eh.! tu nak peregi mana.?
mari sini,
apa nama..?

Cantik kertas itu
mesti banyak salinan beribu-ribu
himpunan yang baru dan dulu
hingga dapat rasa barang baru
dibelinya ini itu
baguskan begitu.?

bab ini cukup laju
bab lain slow selalu
isi kotak mula meluat
yang ulat terus mengulat