Sunday, January 3, 2010


memang benar dikata orang
serapat mana kita cuba rapat
tidak semestinya jadi erat

kalau semua ruang telah terisi
kalau selama ini sudah berseri
kita cuma bagai watak sampingan yang menghadiri
yang mahu itu ini

memang benar dikata orang
serapat mana kita cuba rapat
saat dia bahagia
tidak semestinya kita yang dia cari

jiwa ini baru nak rapat
jiwa itu dah rapat-rapat

satu bukan
dua bukan
tiga bukan
empat bukan
lima bukan
pandang cermin tepuk tangan
kata tahniah pada diri
kerana erat tidak akan dimiliki

5 comments: